Syair Bunga-Bunga Di Alam Melayu (From ”Irama Syair Malaysia”)-文本歌词

Syair Bunga-Bunga Di Alam Melayu (From ”Irama Syair Malaysia”)-文本歌词

Nur Biha
发行日期:

Dengarkan tuan janganlah gundah

Dendangan syair bunga indah

Kata disusun alunan bermadah

Semoga hati tidaklah resah

Kuning warna bunga cempaka

Harum mewangi sepanjang zaman

Kecantikannya tiada rahsia

Lambang kasih yang bercahaya

Bunga orkid di celahlah dahan

Pelbagai warna sungguh menawan

Penuh tersirat dalam keindahan

Jadi sebutan juga kenangan

Bunga mawar lambangnya cinta

Elok dipandang setiap masa

Tanda setia pasangan bermesra

Bersemi rindu penuh bermakna

Bunga raya mekar berkembang

Hormat dan bangga setiap orang

Laksana berani takkanlah hilang

Simbol negeri nan gemilang

Epilog:

Bunga mawar lambangnya cinta

Elok dipandang setiap masa

Tanda setia pasangan bermesra

Bersemi rindu penuh bermakna

Melur putih penghiaslah taman

Mengubat hati yang rawan

Menusuk kalbu dalam kedamaian

Padalah jiwa telah tertawan

Kuning warna bunga cempaka

Harum mewangi sepanjang masa

Kecantikannya tiada rahsia

Lambang kasih yang bercahaya

Bunga orkid di celahlah dahan

Pelbagai warna sungguh menawan

Penuh tersirat dalam keindahan

Jadi sebutan juga kenangan

Bunga mawar lambangnya cinta

Elok dipandang setiap masa

Tanda setia pasangan bermesra

Bersemi rindu penuh bermakna

Bunga raya mekar berkembang

Hormat dan bangga setiap orang

Laksana berani takkanlah hilang

Simbol negeri nan gemilang