Sejak mula kita bertemu Senyumanmu buat aku jatuh cinta, tahu Kau bukan sekadar teman, tapi segalanya Penuh perhatian, sentiasa ada untukku Kadang rintangan datang menghalang Kita hampir berpisah, tapi kita kuat bertahan Cinta kita lebih besar dari segala rintangan Jodoh kita panjang, itu yang ku pegang Tiada siapa lagi yang sepertimu Kau sempurna dalam hidupku Kau yang ada dalam susah dan senang Pengorbananmu, jadi dorongan untukku berjaya Kau uruskan segalanya, tanpa mengeluh Setiap pengorbananmu buatku lebih mencintaimu Menjadi isteri dan ibu yang terbaik Hadiahkan aku anak-anak yang memberi sinar Anak-anak kita, permata hidup kita Kehilangan yang satu tetap di hati, tetap kita rindu Tapi kau, kekuatan yang tak pernah pudar Denganmu, hidupku jadi lebih bermakna, lebih teratur Dari hari ke hari, hidupku lebih baik Kerana kau, segalanya jadi bermakna Setiap usaha ini demi kebahagiaanmu Agar kau tahu, aku menghargai setiap pengorbananmu Terima kasih sayang, segala pengorbananmu Aku berjaya kerana sokonganmu Tiada yang lebih berharga selain kau Kau adalah segalanya, cinta aku, selamanya...